SRI AMAN, 8 Februari - Seorang pekerja binaan projek jambatan Lingga-Sebuyau dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Seterap di Kampung Lingga, di sini.
Mangsa Thein Wai Maung, 35, dipercayai warganegara Myanmar.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mangsa dikatakan terjatuh dari kapal semasa melakukan kerja-kerja pembinaan di atas kapal tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya digerakkan melibatkan beberapa jabatan dan agensi seperti pasukan bomba, polis dan orang awam.