fb fb fb fb fb

PRU DUN enam negeri: RTM sedia liputan terbaik

(Foto fail)

ALOR SETAR, 11 Jun- Menjelang pembubaran Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) melibatkan enam negeri yang dijangka hujung bulan ini.

RTM bersiap sedia memberikan liputan serta laporan terbaik menerusi pasukan produksi dan wartawan, juga siri penerbitan rancangan khas, kata  Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman.

"Saya rasa kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini jadi banyak perjumpaan diadakan semuanya berjalan dengan lancar," kata Suhaimi selepas menghadiri Pertandingan Akhir Lenggok Cinta Sayang di RTM Kedah di sini.

PRU DUN bakal melibatkan enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, segmen berita Kanta 744 yang mula bersiaran pada April lalu terus mendapat sambutan yang sangat  baik daripada penonton.

"Kita lihat jumlah tontonan agak tinggi. Kita telah berjaya dengan Kanta 744 jadi sekarang kita pergi ke berita-berita yang dan ada satu kejutan kita akan buat pada 1 Julai pada pukul 8.30 malam, tunggu berita," katanya lagi.

Siaran berita Kanta 744 bermula pukul 7.44 minit malam setiap hari dan disambung dengan Berita Perdana pada pukul 8 hingga 8 .30 malam.

(Suhaimi Sulaiman berkata RTM bersiap sedia memberikan liputan serta laporan terbaik
menerusi pasukan produksi dan wartawan, juga siri penerbitan rancangan khas)

Media Baharu