fb fb fb fb fb

PRU-15: Ahli politik jangan desak, tangguh hingga fasa endemik -KJ

(Khairy berkata, negara belum memasuki fasa endemik untuk membenarkan aktiviti tanpa kawalan kesihatan berkempen secara terbuka termasuk ceramah berskala besar)

MELAKA, 5 Jun- Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), jika diadakan dalam masa terdekat dilihat sebagai satu desakan politik semata-mata ketika negara masih berada dalam fasa peralihan ke endemik, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Ini memandangkan negara belum memasuki fasa endemik untuk membenarkan aktiviti tanpa kawalan kesihatan berkempen secara terbuka termasuk ceramah berskala besar.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dikeluarkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang dikatakan mendesak pelaksanaan PRU-15 dengan alasan mandat rakyat harus dikembalikan.

Jelas Khairy, fasa peralihan endemik merupakan tempoh kritikal untuk memastikan tiada sebarang gelombang serius jangkitan tercetus sebelum negara memasuki fasa endemik.

“Fakta tidak betul, apabila sebut pandemik dah tamat di Malaysia itu tak betul, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan umumkan nanti bahawa COVID-19 ini bukanlah sesuatu yang diisytihar sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC).

"Frasa peralihan yang digunakan sudah cukup jelas menyatakan bahawa Malaysia masih belum bebas daripada COVID-19.

"Ahli politik atau mana-mana pihak seharusnya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berkaitan pelaksanaan PRU dalam masa terdekat yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat," katanya.

Jelasnya, sehingga kini Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih dikuatkuasakan dan pelaksanaan PRU-15 dalam masa terdekat hanyalah desakan ahli politik yang tidak memikirkan soal kesihatan rakyat.


(Perang bendera parti politik bertanding pada pilihan raya/ FOTO FAIL)


“Sebagai Menteri Kesihatan saya mengisytiharkan Malaysia masih merupakan kawasan pandemik COVID-19 dan dalam fasa peralihan endemik, maksudnya kita masih lagi adakan beberapa sekatan seperti memakai pelitup muka.

“Kalau nak jaga kesihatan awam, kita tunggu beberapa bulan lagi hingga ke fasa endemik lagipun tiada desakan daripada rakyat, sebaliknya lebih kepada ahli politik,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri yang disempurnakan peramian oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.i Banda Hilir di sini, hari ini.



Media Baharu