fb fb fb fb fb

JAKIM lancar buku baharu sempena PBAKL

KUALA LUMPUR, 5 Jun - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melancarkan enam buku baharu terbitannya sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata sejak tahun 2001, JAKIM aktif mempromosi dan mengambil bahagian dalam menyokong penganjuran PBAKL setiap tahun.

"Kita akan sentiasa berusaha untuk menyediakan buku-buku yang sangat diperlukan untuk masyarakat Malaysia, pada masa yang sama juga kita bergerak dengan sesuai dengan zaman era digitalisasi kita akan perbanyakkan e-book dan juga kita akan digital kan buku-buku yang sedia ada supaya senang untuk dirujuk oleh pembaca, yang paling penting e-book atau digital tadi senang untuk dirujuk tapi ia tidak mengetepikan soal keperluan penerbitan buku untuk dimiliki," kata beliau selepas merasmikan Majlis Rerurai dan Pelancaran Buku Baharu terbitan JAKIM, di sini.


(Antara buku terbitan JAKIM yang dipamerkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 

Sebanyak 150 buku terbitan JAKIM telah disediakan buat para pengunjung PBAKL.

Ia termasuk enam buku baharu yang baru dilancarkan antaranya Amalan Pensijilan Halal Malaysia, Pengaruh Qiraat Shazzah dan Islam Mendepani Cabaran.

Ahmad Marzuk juga berkata, matlamat penglibatan JAKIM bersama PBAKL adalah untuk memperluas jaringan dan kolaborasi bersama pihak-pihak berkaitan dalam bidang penerbitan buku di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

Media Baharu