fb fb fb fb fb

Kolaborasi ProtectHealth dan TERAJU, bantu komuniti B40 dapatkan saringan kesihatan secara percuma

KUALA LUMPUR, 23 Mac- Bagi meningkatkan kesedaran mengenai Skim Peduli Kesihatan untuk golongan B40, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TERAJU Bumiputera Corporation (TERAJU).

Kerjasama strategik itu akan mengenal pasti klinik-klinik yang berpotensi menyertai program tersebut untuk menjangkau komuniti Bumiputera B40 seluruh negara.

Ia sekali gus membolehkan pengesanan dan intervensi awal terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) dapat dilakukan untuk golongan itu.

Menerusi program itu, penerima layak menerima pemeriksaan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan percuma, insentif melengkapkan rawatan kanser serta insentif tambang pengangkutan.


(Majlis menandatangani MoU antara ProtectHealth dan TERAJU pagi tadi/FBTERAJU)

Setakat ini, lebih 560,000 orang dari kumpulan B40 berjaya disaring di bawah program PeKa B40.

Bagaimana pun, 5.9 juta rakyat Malaysia yang layak belum menyertai program tersebut.

Media Baharu