KUALA LUMPUR, 23 Mac - Pelan perlindungan insurans bernilai 10,000 akan dilaksanakan kerajaan kepada isi rumah miskin yang hilang punca pendapatan akibat kematian Ketua Isi Rumah (KIR).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelan perlindungan insurans dengan peruntukan RM13.4 juta setahun itu akan membabitkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam e-Kasih.
"Mesyuarat antara lain setuju memberi tumpuan kepada Program Peningkatan Pendapatan bagi Ketua Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar.
"Agenda perlindungan sosial hingga ke peringkat daerah pentadbiran turut diperkasa menerusi Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial Negeri," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) di Parlimen.
Ismail optimis, langkah yang dilaksana akan membantu memantapkan agenda perlindungan sosial untuk mencapai sasaran miskin tegar sifar menjelang 2025.
Terdahulu, Perdana Menteri melancarkan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) Fasa 1,Bantuan Sosial Persekutuan.
PDPS berperanan sebagai sumber rujukan utama program-program perlindungan sosial.
"Jemaah menteri pada 17 Disember 2021 telah memperakukan keputusan MySDC supaya dijadikan rujukan tunggal bagi maklumat perlindungan sosial di malaysia yang mengandungi profil penerima tanpa had serta program-program perlindungan sosial yang merangkumi bantuan sosial pasaran buruh dan insurans.
"Selain membantu gerak kerja yang lebih teratur serta merangka program yang tepat dan berkesan kepada rakyat," katanya.