fb fb fb fb fb

Kerajaan Negeri Perak bantu memeriahkan kembali Bandar Agacia

IPOH, 23 Mac - Pembangunan kawasan pelancongan Bandar Agacia di Kampar tidak tertakluk dibawah bidang kuasa kerajaan negeri Perak.

Sebaliknya ia terletak dibawah seliaan syarikat swasta.

Perkara itu dijelaskan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Bagaimanapun jelasnya, Kerajaan Negeri akan membantu dari segi penyediaan penggiat seni bagi memeriahkan kembali kawasan tersebut.

(Nolee ketika ditemui media)

"Pada waktu ini memandangkan pandemik ini (COVID-19), saya pun dah dua kali melawat (kawasan itu) untuk melihat perancangan yang boleh kita bantu. Kerana ini sektor swasta. Jadi kami memang ada perancangan jika untuk bantu. Kita akan bincang perkara ini secara bersama melalui Majlis Daerah Kampar," menurut Nolee Ashilin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah Integriti Pelancongan SPRM Perak (JIPS) 2.0 di Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SPRM di sini.

Media Baharu