fb fb fb fb fb

Promosi secara digital kaedah terkini tarik pelancongan ke Malaysia

PONTIAN, 21 Mei- Pemain industri pelancongan seluruh negara disaran lebih kreatif dengan menjadikan promosi pelancongan digital sebagai kaedah baharu menarik kehadiran pelancong ke Malaysia.

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara, Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata, penyediaan pakej pelancongan konvensional sudah tidak sesuai digunakan pada masa kini.

"Konsep pelancongan digital lebih interaktif dan mendapat sambutan baik terutama dalam kalangan generasi muda yang suka merakamkan gambar kenangan di pelbagai lokasi menarik.

Ia secara tidak langsung dapat mempromosikan tempat-tempat tersebut menerusi akaun media sosial masing-masing," katanya selepas menghadiri Program Tanjung Piai Clean Up dan Mangrove Tour Pulau Kukup di sini.

(Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara, Tourism Malaysia)

Tambah beliau, Tourism Malaysia juga merekodkan kehadiran pelancong yang baik sepanjang tempoh peralihan ke endemik.

Media Baharu