fb fb fb fb fb

Melaka cari bakat baharu sukan OKU

AYER KEROH, 21 Mei- Kelangsungan pembangunan sukan melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU) terus diperkasa menerusi program Pencarian Bakat Baharu Pelapis Sukan OKU anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka.

Pengarahnya, Khairul Adri Datuk Rosli berkata, inisiatif itu dapat memastikan negeri berkenaan tidak ketandusan atlet yang bakal menjadi pengganti untuk bersaing di peringkat tertinggi pada masa akan datang.

"Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu bagi golongan OKU untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet paralimpik negara serta memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam segala aspek pembangunan sukan negara," katanya.

(Foto hiasan)

Jelas beliau, program berkenaan terbuka kepada OKU anggota/fizikal, OKU penglihatan, OKU kerusi roda dan OKU pembelajaran berusia antara 9 hingga 35 tahun.

Ia akan berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Krubong pada 31 Mei depan bermula pukul 7.30 pagi.

Pautan pendaftaran boleh didapati di laman Facebook rasmi JBS Melaka.

Media Baharu