fb fb fb fb fb

Pemansuhan AP langkah proaktif kerajaan pulih kenaikan harga bahan makanan

MACHAP JAYA, 21 Mei- Pemansuhan Permit Kelulusan (AP) adalah langkah proaktif kerajaan untuk memulihkan semula masalah kenaikan harga bahan makanan ketika ini.

Bagaimanapun, Exco Hal Ehwal Pengguna Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, kajian terperinci perlu dilaksana bagi memastikan negara bersedia untuk sebarang keperluan pada masa hadapan.

Katanya, selain penurunan harga barang makanan, ia juga dijangka dapat membantu mengelak daripada berlakunya krisis makanan negara akibat kekurangan bekalan makanan.

"Bila kita dengar sudah mansuh AP, rakyat memang suka sebab siapa pun memang ada hak untuk beli dari luar negara.

Jadi ada persaingan harga nanti antara satu sama lain dan tidak dimonopoli oleh pengimport sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Machap Jaya di sini.

(Ngwe Hee Sem, Exco Hal Ehwal Pengguna Melaka)

Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan bersetuju memansuhkan keperluan AP terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat kabinet bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Bagaimanapun, pengimport masih perlu mempunyai Permit Import (IP) bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.

Media Baharu