fb fb fb fb fb

Projek ternakan NEKMAT di Badong, Pekan diperluas kepada udang putih

Datuk Seri Mohamad Sabu (empat dari kiri) melihat kolam ternakan udang putih. Foto- RTM

PEKAN, 28 Ogos - Projek ternakan NEKMAT di Badong, Pekan, Pahang diperluaskan kepada ternakan udang putih menerusi akuakultur.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, projek dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia itu sekali gus mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Ujarnya, 10 kolam udang putih akan ditambah pada fasa ketiga dengan anggaran pengeluaran 120 ribu kilogram, setahun.

Setakat ini, sebanyak empat kolam projek penternakan udang putih telah diusahakan bermula Mei tahun ini, manakala 26 kolam penternakan ikan kerapu hibrid telah diusahakan sejak 2012.

Menerusi projek ternakan itu, pulangan pelaburan dijangka diperoleh dalam tempoh lima tahun.

"Kita harap NEKMAT akan mencapai ROI, Return of Investment, 5 tahun . tu harapan kita. Kerajaan berbelanja. Jadi tidak boleh selama-lamanya belanja dalam bentuk hangus. Mesti ada Return of Investment. Dan, wang itu boleh digunakan untuk projek-projek yang lain pula, " tambahnya.

KPKM turut merancang memperluaskan model projek akuakultur di bahagian pantai barat semenanjung bagi memastikan kelestarian makanan.

Usaha itu penting khususnya di kawasan pantai barat yang semakin terancam akibat pembangunan.

Projek seluas 20 hektar itu, dibangunkan pada 2012 mampu memberi pengeluaran sebanyak 40 tan metrik bagi udang putih.

Ternakan kerapu hibrid pula sebanyak 13 tan metrik setahun.

EMMI NORALIZA ADNAN