fb fb fb fb fb

Projek tebatan banjir akan dilaksanakan segera - PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Projek tebatan banjir akan segera dilaksanakan, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Katanya, mana-mana projek yang yang dibatalkan kerana terlibat dengan rundingan terus, akan diteruskan menerusi kaedah tender terhad bagi mengurangkan kos perbelanjaan.

"Bukan isu politik. Semua projek sudah diluluskan belum tandatangan ini saya batalkan. Saya hendak pastikan kita ada tender. Dengan gunakan kaedah tender saya teruskan dengan kadar segera. Saya batalkan rundingan terus," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Sebelum ini beliau memaklumkan enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnyanya bulan Jun.

(Anwar berkata projek tebatan banjir akan dilaksanakan segera)

Media Baharu