fb fb fb fb fb

10 syarikat tempatan terlibat dalam pelaburan skala besar

KUALA LUMPUR, 7 Mac- 10 Syarikat Tempatan bakal terlibat dalam pelaburan berskala besar dalam projek pembinaan ibu negara baharu Indonesia iaitu Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia antara yang terlibat secara langsung dengan pembangunan IKN yang dijangka bakal memanfaatkan masyarakat khususnya di Sabah dan Sarawak.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Antara syarikat terlibat alah Tenaga Nasional berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

"Sepuluh Syarikat besar daripada sembilan di semenanjung satu di Sawarak telah pun masuk untuk mengkaji dan meneliti kemungkinan melabur secara agak besaran, dan presiden Jokowi memaklumkan kepada saya, di antara negara ASEAN, Malaysia agak lebih kedepan dan lebih aktif dalam kerjasama ini.

"Bagi kita ini akan memberi keberuntungan apabila sinergi kerjasama kedua-dua negara, tetapi oleh kerana keberadaan negeri Sabah Sarawak itu berhampiran dengan ibu kota baru, dan dengan gesaan Brunei dan Manila, saya anggap sekali lagi la, pembangunan ibu negara baharu Indonesia itu akan menguntungkan kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai sejauh mana penglibatan syarikat Malaysia dalam pembinaan ibu negara baharu Indonesia dan juga kawasan industri di Kalimantan, pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini

Tambahnya, kerjasama antara Universiti, Badan Islam dan Badan Bukan Kerajaan akan diteliti seiring perkembangan Ibu Kota Nusantara khususnya di kawasan berhampiran Sabah dan Sarawak.

Media Baharu