fb fb fb fb fb

Projek solar berskala besar di Sabah dijangka beroperasi seawal 2025

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Projek Solar Berskala Besar dan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri di Sabah dijangka beroperasi pada 2025 atau 2026.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata projek itu antara pilihan yang dimuktamadkan bagi menangani isu peningkatan permintaan elektrik di kawasan Pantai Timur negeri itu termasuk Tawau.

(Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii)

"Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah sedang memperhalusi pilihan penjanaan dengan mengambil kira kecukupan bahan api dan kos pembekalan

"Selain itu kerajaan sedang melaksanakan beberapa projek menaik taraf infrastruktur sistem pembekalan elektrik khususnya di daerah tawau," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui di Dewan Rakyat.

Tambah Tiong, antara faktor dikenal pasti yang menyumbang kepada gangguan bekalan elektrik di Sabah adalah gangguan binatang liar, pokok yang mengganggu kabel, kerosakan kabel dan lebihan beban yang berpunca daripada sambungan haram.

Prestasi sistem pembekalan elektrik di Sabah dipantau dengan menggunakan Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem (SAIDI).

Seatakat 31 Mac 2023, Sabah mencatatkan SAIDI sebanyak 74.91 minit.

Media Baharu