fb fb fb fb fb

Kajian buktikan plastik 'sekali guna' biodegradasi tidak wujud- Nik Nazmi

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 24 Mei- Kerajaan masih berdepan cabaran untuk mengharamkan penggunaan plastik 'sekali guna' untuk tujuan runcit.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sehingga kini penguatkuasaan larangan itu tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan.

Jelasnya, larangan penggunaan bahan plastik 'sekali guna' itu juga perlu mengambil kira tahap pembangunan serta keperluan sesebuah kawasan .

Penyelesaian alternatif sedang diteliti bagi mengenal pasti kaedah terbaik pelupusan plastik tidak boleh terurai.

"Kami sedang mengkaji teknologi di mana sebatian resin yang mengikat plastik boleh ditetapkan masa untuk merosot kepada bahan mesra alam dalam tempoh satu hingga dua tahun,"katanya.

Beliau turut memaklumkan kerajaan akan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap sebarang inisiatif yang membangunkan industri plastik biodegradasi memandangkan kajian membuktikan tidak wujud plastik 'sekali guna' biodegrasi yang bebas daripada bahan mikro plastik tidak boleh terurai ini.

Beliau ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) serta Bicara Biodiversiti di Wisma Sumber Asli di Putrajaya.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu