fb fb fb fb fb

Projek sakit: KPKT pulih 20,849 unit perumahan swasta

Sidang Media Taks Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) oleh Timbalan Menteri KPKT Datuk Aiman Athirah Sabu hari ini/Foto KPKT

PUTRAJAYA, 30 Mei - Sebanyak 20,489 unit perumahan swasta berjaya dipulihkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Taks Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST).

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pemulihan itu melibatkan 177 projek bersamaan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM14.89 bilion bagi tempoh 1 Januari hingga 30 April 2024.

"Daripada keseluruhan 177 projek itu, jumlah projek berjaya dipulihkan merangkumi 163 projek yang sudah mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) selain 11 projek yang berstatus sakit kembali menjadi lancar dan tiga projek terbengkalai sudah dipulihkan.

“Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) telah berjaya menyelesaikan sebuah projek perumahan swasta yang terbengkalai pada Mac lalu iaitu di Taman Desa Barakah (Fasa 5) Tanah Merah, Kelantan.

“Projek berkenaan telah diisytiharkan sebagai terbengkalai pada April 2022 dan baru-baru ini ia telah pun dipulihkan melalui kaedah penyelesaian pembeli,” katanya kepada media ketika Sidang Media TFST April 2024 di sini, hari ini.

3005 KPKT PULIHStatistik bulanan 2024 Projek Perumahan Lewat, Sakit dan Terbengkalai sehingga 30 April 2024 oleh KPKT

Beliau berkata, projek perumahan, lewat, sakit dan terbengkalai mampu ditangani dengan berkesan secara berfasa.

Tambahnya, KPKT terbuka untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam usaha menangani masalah projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai di seluruh negara.

GRACE AISYAH KEDAYAN