fb fb fb fb fb

Projek River Rangers beri pededahan kualiti air dan kebersihan sungai

(FOTO RTM)

ISKANDAR PUTERI, 4 Oktober- Sebanyak 21 buah Sekolah Menengah sekitar Iskandar Puteri, Johor terdiri daripada golongan pendidik menyertai Projek River Rangers Iskandar Puteri Rendah Karbon di Sungai Melana, Taman Pulai Utama, Iskandar Puteri, hari ini.

Projek siri kedua itu sebagai pendedahan kepada komuniti terutama kalangan pendidik tentang kualiti air serta kebersihan sungai sekali gus dapat mengekalkan pembelajaran sepanjang hayat terutama dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Ketua Projek River Rangers, Ts. Dr. Mohd Ariff Ahmad Nazri berkata kesemua peserta akan didedahkan dengan tiga elemen seperti fizikal, kimia dan biologi untuk melihat tahap kualiti air.

"Sebelum ini kita tahu untuk tentukan kualiti air ni kita serahkan 100 peratus kepada pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan Alam Sekitar, JPS dan sebagainya.

"Tetapi menerusi program ini, kita hendak komuniti melihat sendiri kualiti air dan peka terhadap persekitaran," katanya di sini.

"Jadi, bila mereka tahu kualiti air berada dalam keadaan kurang baik, mereka boleh buat aduan secara terus," kata Mohd Ariff lagi.

Sementara itu, salah seorang peserta, Mohd Faris Aiman yang ditemui pemberita berkata program ini memberi serba sedikit pengetahuan berkaitan kualiti air yang mampu dipraktikkan ketika pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar.

"Pelajar-pelajar semestinya teruja dan menantikan saya berkongsi bagaimana cara menilai kualiti air dan secara tidak langsung ini merupakan peluang bagi saya untuk lebih rapat dengan para pelajar", katanya ketika ditemui RTM di sini.

Projek River Rangers Iskandar Puteri Rendah Karbon siri kedua merupakan antara 26 projek yang menerima Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 3.0 sebanyak RM21,000 daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Iskandar Regiona Development Authority (IRDA), Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment.


(Ketua Projek River Rangers, Ts. Dr. Mohd Ariff Ahmad Nazri)

Media Baharu