fb fb fb fb fb

Projek rintis pelabelan kalori makanan di restoran, kafeteria bermula tahun depan

PUTRAJAYA, 12 Oktober- Bahagian Permakanan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan projek rintis pelabelan maklumat kalori pada menu makanan di kafeteria atau restoran mulai tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, projek yang dijangka akan mengambil masa antara enam bulan hingga setahun itu akan dimulakan di Putrajaya sebelum diperluas ke seluruh negara.

"Usaha tersebut masih dalam peringkat perancangan bagi mengenal pasti kafeteria atau restoran yang ingin menyertai projek itu.

KKM akan menyediakan maklumat pemakanan bagi memudahkan pengusaha kafeteria dan restoran tanpa perlu mengeluarkan belanja bagi mendapatkan konsultan ke arah usaha berkenaan," katanya selepas merasmikan Seminar Anti Obes-City Putrajaya dan Pelancaran Modul Program Berat Badan Trim & Fit di sini.

(Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan)

Tambah Khairy, projek rintis itu dilaksana bagi membuat keputusan sama ada Dasar Pelabelan Menu Makanan akan diwajibkan kelak.

Ia memandang hanya segelintir penguasaha kafeteria dan restoran yang melaksanakannya secara sukarela.

Media Baharu