fb fb fb fb fb

PPS ditutup, semua 17 penduduk dibenarkan pulang

JOHOR BAHRU, 12 Oktober- Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara Johor Bahru, Johor ditutup secara rasmi 2.00 petang.

Semua 17 penduduk terjejas daripada tiga buah keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam perkongsian maklumatnya memaklumkan, PPS tersebut mula dibuka 10.30 malam semalam selepas hujan melebihi 2 jam, menyebabkan paras air naik ke perkampungan Paya Kenangan.

Sumber Jabatan Pengairan dan Saliran pula menunjukkan paras air di tiga sungai masih melebihi paras normal.

Bacaan paras air Sungai Skudai melibatkan kawasan Kampung Laut dan Pasir ketika ini 2.31 serta 0.28 meter, iaitu pada tahap waspada.

Manakala Sungai Tebrau, juga pada bacaan waspada iaitu 1.83 meter, berbanding paras normal 1 meter.


(Foto hiasan)

Media Baharu