fb fb fb fb fb

Kekalkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dengan nilai-nilai murni setiap agama

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berangkat tiba bagi lawatan rasmi baginda ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Baginda diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, Timbalan Menteri Perpaduan, Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Jamal dan Pengerusi IKIM, Tan Sri Prof. Emeritus Dr Kamal Hassan.

Sultan Sharafuddin kemudian berkenan melawat Perputakaan Tun Ahmad Sarji sebelum berangkat ke Dewan Besra.

Dalam Titah ucapan Baginda meminta rakyat negara ini agar mengekalkan bangsa Malaysia yang bersatu padu menerusi nilai-nilai murni yang terkandung dalam setiap agama.


(Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah)

"Perpaduan masyarakat berbilang bangsa di negara ini melambangkan keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara. Beta tidak menafikan bangsa atau agama yang dianuti oleh masyarakat di negara ini, namun begitu sikap hormat menghormati dan toleransi adalah sangat penting dalam menyantuni perbezaan ini", titah Baginda.

Sementara itu, Pengerusi IKIM, Tan Sri Prof Emeritus Dr Kamal Hassan yang ditemui pemberita selepas majlis berkenaan meluahkan rasa syukur atas lawatan rasmi Baginda Sultan Selangor yang mengunjungi institusi itu selepas kunjungan pertama Baginda 18 tahun lalu.

"Kedatangan Duli Yang Maha Mulia buat pertama kali ialah pada tahun 2004, lebih dari 10 tahun lalu dan IKIM berkembang telah terkenal di rantau ini dan juga di luar negara", katanya.

IKIM kini semakin dikenali termasuk di peringkat antarabangsa menerusi beberapa program yang diperkenalkan antaranya program wawancara duta dari negara-negara Islam seluruh dunia menerusi 'The World Today".

Media Baharu