(Program Hari Bertemu Pelanggan Bahagian Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan)
LABUAN, 26 September- Krisis bekalan air di Wilayah Persekutuan Labuan terus mendapat perhatian kerajaan.
Sebanyak 10 projek pembangunan dalam pelbagai peringkat bagi penambahbaikan infrastruktur bekalan air sedang dilaksana dengan nilai peruntukan sebanyak RM460 juta.
Ketua Seksyen Perancangan Penyelarasan dan Pemantauan, Bahagian Bekalan Air Putrajaya, Ir. Dr. Romziah Azit berkata ia bakal memberi manfaat kepada lebih 20,000. pengguna di pulau itu.
"Kami dalam tempoh pelaksanaan dan perancangan mengganti paip-paip usang di Labuan. Buat masa ini dua projek sedang dilaksanakan dan untuk reka bentuk dan perancangan kami masih ada beberapa lagi projek yang diluluskan dalam tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Insya-Allah dalam masa lima tahun mungkin projek ini akan dapat sepenuhnya dilaksanakan," katanya.
(Ketua Seksyen Perancangan Penyelarasan dan Pemantauan, Bahagian Bekalan Air Putrajaya, Ir. Dr. Romziah Azit)
Dr. Romziah berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Hari Bertemu Pelanggan Bahagian Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan di sini.
Tambahnya, sistem pengebilan baharu juga akan diperkenal.