fb fb fb fb fb

Projek pembinaan Kompleks Mahkamah Johor Bahru dijangka diteruskan

KOTA TINGGI, 7 Disember- Projek pembinaan Kompleks Mahkamah Johor Bahru di Iskandar Puteri yang tergendala lima tahun lalu dijangka diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menaruh harapan tinggi terhadap rancangan tersebut kerana Johor tidak mempunyai kompleks mahkamah besar yang terletak di daerah pentadbiran.

"Projek tersebut secara tidak langsung, dapat melengkapkan status Iskandar Puteri, sebagai Pusat Pentadbiran Negeri Johor," katanya kepada pemberita pada Pelancaran Pejabat Bergerak Parlimen Pengerang di Bandar Penawar, di sini.

Kos pembinaan kira-kira RM300 juta.

Pihaknya akan mengadakan lawatan ke tapak cadangan bersama Menteri Besar Johor, dalam masa terdekat.


(Pihaknya akan mengadakan lawatan ke tapak cadangan bersama
Menteri Besar Johor, dalam masa terdekat)

Sementara itu, mahkamah sesyen dan majistret baharu Pengerang di Bandar Penawar di sini sedang dibina dan dijangka siap tahun depan.

Media Baharu