fb fb fb fb fb

Fadillah lawat Sibu, usaha tingkatkan ekonomi dan pembangunan masyarakat

Foto FB Menteri

SIBU, 7 Januari- Peluang pemilikan rumah mampu milik untuk generasi muda di Sibu akan diusahakan kerajaan meski menelan kos yang tinggi untuk melaksanakannya.

Ini kerana Sibu terkenal dengan keadaan tanah paya gambut yang menyukarkan proses pembinaan segera.

Demikian kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Datuk Seri Fadillah kini berada di Sibu untuk lawatan kerja rasminya selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sibu dipilih sebagai destinasi pertama selain merupakan tempat kelahiran pemimpin itu dan berhasrat untuk bertemu dengan komuniti setempat.

"Sudah pasti, saya kena pegi seluruh Malaysia cuma saya memilih Sibu kerana saya dilahirkan di sini, membesar di sini. Inilah tempat asal usul saya. Namun, ini tidak bermakna 100%
akan diberikan ke Sibu, tidak. Saya kena memberi tumpuan ke kawasan lain juga,” kata Fadillah kepada pemberita RTM selepas bersarapan bersama-sama hampir 200 lebih jemaah Masjid di Sibu.

Terdahulu, Datuk Seri Fadillah menunaikan solat subuh di Masjid An-Nur dan menziarahi Makam Rosli Dhobi.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menziarahi Makam Rosli Dhobi/Foto FB Menteri)

Media Baharu