fb fb fb fb fb

Projek pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang akan diteruskan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan meneruskan projek pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Projek ini mampu membantu Kerajaan Negeri Kelantan dalam mengurangkan kesan fenomena banjir besar dan mengatasi isu perbekalan air bersih, selain membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.


(Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan)

Bagi memastikan pembinaan empangan tidak menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan sekitar, pelbagai langkah kawalan telah diambil antaranya dengan mengadakan  beberapa siri perbincangan dengan komuniti orang asli serta menjaga flora dan fauna di tiga buah perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Kuala Wias, Pos Pulat dan Pos Tohoi yang  mempunyai penduduk seramai 1,115 orang. 

Projek yang dibiayai dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Power Generation SDN BHD telah dimulakan semula sejak 1 Mac lalu dan dijangka siap dan beroperasi pada 1 Jun 2027.

"Bagi memaksimumkan manfaat projek ini dan menjaga kepentingan masyarakat perkampungan yang terlibat dan Orang Asli di kawasan berkenaan, sejak tahun 2014 lagi, TNB telah melaksanakan pelbagai program dan tanggungjawab sosial bersama komuniti-komuniti Orang Asli di sekitar tapak cadangan projek pada tahun 2018, menunjukkan tahap penerimaan projek oleh penduduk di ketiga-tiga perkampungan meningkat.

"Ini mencerminkan masyarakat terlibat telah memahami dengan jelas pembangunan yang akan berlaku di kawasan mereka dan manfaat yang akan diperolehi," katanya semasa menjawab soalan wakil Cameron Highlands Datuk Ramli Datuk Mohd Nor di Parlimen.

Media Baharu