fb fb fb fb fb

416,236 penerima bantuan lima skim utama JKM sudah terima manfaat

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Seramai 416,236 penerima bantuan bagi lima skim utama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah dinaikkan kadarnya pada tahun lalu, sudah menerima manfaat daripada inisiatif itu.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, pada tahun 2021, kerajaan telah mengkaji semula kadar bantuan kewangan JKM dan meluluskan kenaikan kadar bagi lima skim utama itu.

"Pada tahun 2021, Kerajaan telah mengkaji semula kadar bantuan kewangan JKM dan meluluskan kenaikan kadar bagi lima (5) skim utama iaitu Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dan Bantuan Warga Emas (BWE)," katanya.


(Timbalan Menteri KPWKM Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff)

Tambahnya lagi, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 bagi seorang kanak-kanak, Bantuan Penjagaan OKU atau Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dinaikkan daripada 350 kepada maksimum RM500 dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Selain itu, Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 dan Bantuan Warga Emas (BWE) dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.
 
Siti Zailah menjawab pertanyaan ahli parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

Media Baharu