fb fb fb fb fb

K-KOMM dan Pos Malaysia sedia melaksanakan Pos Mini di kawasan pedalaman

Foto Pos Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Pos Malaysia bersedia untuk mempertimbangkan pelaksanaan perkhidmatan Pos Mini yang didapati lebih sesuai untuk beroperasi di kawasan berpenduduk kurang padat seperti di Daerah Julau dan Pakan.

Namun, Pos Malaysia sentiasa berusaha untuk menambah baik akses dan kemudahan perkhidmatan pos di seluruh Malaysia melalui pelbagai rangkaian atau touchpoints seperti pejabat pos, pejabat pos bergerak, Pos Mini dan ejen pos.


(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin)

"Berdasarkan kepada jumlah penduduk di daerah Julau dan Pakan iaitu sekitar 34,000 orang, terdapat sebuah pejabat pos di Julau manakala pejabat-pejabat pos berdekatan lain yang boleh diakses oleh penduduk tempatan adalah seperti Pejabat Pos Sarikei, Pejabat Pos Bintangor danPejabat Pos Kanowit.

"Selain itu, sebuah pejabat pos bergerak iaitu Pos-on-Wheels Sibu beroperasi di daerah Pakan yang memberi perkhidmatan kepada beberapa kawasan seperti Sg. Sadit, Pakan, Tulai, Rantau Panjang dan Masjid Hijrah," katanya.

Tambahnya lagi, Pos Mini dikendalikan oleh pengusaha bebas dan dapat membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan yang berminat dan menepati ciri-ciri kelayakan. 

Ledakan sektor eDagang buat masa ini juga membuka potensi pendapatan kepada pengusaha Pos Mini melalui penjualan perkhidmatan yang berkaitan.

Datuk Zahidi menjawab pertanyaan ahli parlimen Julau, Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien.

Media Baharu