fb fb fb fb fb

Projek naik taraf jalan di Kota Marudu capai lebih 50 peratus kemajuan fizikal

Perkara tersebut dijelaskan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 9 November- Status projek menaik taraf jalan di daerah Kota Marudu mencapai 55.87 peratus kemajuan fizikal dan ia dijangka siap pelaksanaannya pada 20 Jun tahun hadapan.

Perkara tersebut dijelaskan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Untuk maksud tersebut, sebanyak RM1.2 juta setahun diperuntuk bagi melaksanakan penyenggaraan rutin di sepanjang jalan Kota Marudu. Manakala, bagi penyelenggaraan berkala turapan dan bukan turapan, sejumlah RM2.35 juta ringgit diperuntuk daripada tahun 2021 hingga sekarang.

Mengenai kerosakkan jalan, beliau berkata, kementeriannya melalui aplikasi 'MY Jalan' sentiasa terbuka untuk menerima apa-apa aduan bagi orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan.

"Kita terbuka kepada permohonan, kalau berlaku kelewatan saya minta maaf, tetapi kita ikut prosedur sebab aduan itu mungkin tidak datang segera, mengambil masa. Sebab itulah, kita Kementerian Kerja Raya (KKR) bangunkan apps ini 'My Jalan' supaya ia lebih dipermudahkan aduan-aduan yang disampaikan kepada KKR dan jalan ini bukan semua dalam seliaan KKR atau JKR, kerana kebanyakannya juga seliaan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

"Jadi dengan apps ini, kita lebih mengetahui dan kita akan salurkan aduan pada mana-mana pihak yang lebih bertanggungjawab", katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Wakil Kota Marudu,  Datuk Wetrom Bahanda di Parlimen.

ROSLINA BINTI DIN