fb fb fb fb fb

Projek naik taraf 436 klinik daif siap hujung tahun ini- Zaliha

(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa)


BUKIT MERTAJAM, 17 Julai
- Kementerian Kesihatan (KKM) yakin dapat menyiapkan semua projek naik taraf membabitkan 436 klinik daif di seluruh negara, penghujung tahun ini.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, projek naik taraf yang melibatkan jumlah peruntukan RM100 juta, telah bermula dan sudah ada beberapa projek yang telah disiapkan.

"Sebanyak 436 yang klinik daif telah pihak kami kenal pasti di seluruh negara, peruntukan RM100 juta, ada projek dah mula, ada yang dah siap .

"Kalau ada penjimatan daripada projek-projek yang telah dikenal pasti ini, pihak KKM akan menambah beberapa lagi klinik daif untuk dinaik taraf," katanya.

Ujarnya, pembangunan kemudahan dan infrastruktur kesihatan merupakan agenda yang perlu diberi perhatian kerana keperluan dan kehendak masyarakat terutamanya permintaan kepada akses kesihatan yang lebih baik sentiasa meningkat setiap masa.

Dalam hal ini, katanya KKM komited melaksanakan amanah bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur fasiliti kesihatan di seluruh negara.

Dr Zaliha ditemui pemberita selepas merasmikan Klinik Kesihatan Bandar Perda, daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam hari ini.

Klinik Kesihatan Bandar Perda ini siap pada September 2021 dan beroperasi awal tahun lalu dengan purata kedatangan seramai 500 pesakit sehari.


Dr Zaliha merasmikan Klinik Kesihatan Bandar Perda, daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam)

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Pakar Pergigian, Unit Kecemasan, Unit Radiologi dan Unit Rehabilitasi.

Pada majlis sama, beliau juga telah meluluskan peruntukan tambahan RM150,000 untuk klinik ini bagi kerja-kerja naik taraf dan pembaikan serta pembelian perlatan perubatan dan bukan perubatan.

 

Media Baharu