fb fb fb fb fb

Projek LRT, tidak jejas kedudukan George Town sebagai Tapak UNESCO - Anthony

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 29 Mac- Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan mengganggu kedudukan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata perkara itu sudah diambil pertimbangan ketika kajian awal dilaksanakan sebelum ini.

"Sudah tentu, kawasan-kawasan yang sensitif seperti di kawasan bersejarah perlu diambil kira dan akan diambil pertimbangan sewajarnya."

"Pastinya, perkara itu akan diberi perhatian yang serius," kata Anthony kepada pemberita dalam sidang media Kementerian Pengangkutan, di sini.

Pelaksanaan Projek LRT tersebut adalah komitmen kerajaan dalam membangunkan infrastruktur pengangkutan awam.

Usaha berkenaan bagi membantu menjimatkan masa dan mengurangkan pelepasan karbon dalam negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM