fb fb fb fb fb

Projek LRT Laluan Mutiara memasuki segmen kedua pelaksanaan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow / Foto RTM

GEORGE TOWN, 2 Januari – Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara kini memasuki segmen kedua pelaksanaannya yang melibatkan reka bentuk kejuruteraan tren, koc dan sistem rel.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata projek tersebut mendapat respons positif daripada pelbagai pihak, terutamanya berkenaan tender LRT Laluan Mutiara.

Beliau turut memaklumkan proses pengambilan tanah bagi projek tersebut kini berjalan lancar.

“Kita menerima banyak pertanyaan dan cadangan mengenai projek ini. Kini, iklan tender telah dikeluarkan. Oleh itu, syarikat-syarikat yang berminat dan berkelayakan mengikut syarat dokumen tender diminta memberi respons. Kerajaan negeri juga berharap kontraktor tempatan diberi peluang dalam projek ini,” katanya pada sidang media di KOMTAR, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Chow menjelaskan bahawa pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) akan dilaksanakan serentak dengan projek LRT tersebut bagi memastikan pembangunan infrastruktur negeri berjalan seiring.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN