fb fb fb fb fb

Projek LCS akan disambung semula Disember ini

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Fasa mobiliti, projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang bermula Jun lalu, kini berjalan dengan lancar serta memenuhi syor oleh beberapa pihak berkepentingan termasuk Jemaah Menteri, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Jawatankuasa Siasatan Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan memaklumkan usaha itu hasil tumpuan dan kesungguhan semua pihak bagi memastikan projek terbabit dapat dilaksanakan sebaik mungkin demi Tentera Laut Diraja Malaysia.


(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)

Jelasnya, dalam tempoh tiga bulan fasa itu bermula, banyak perkara dilaksanakan termasuklah aspek komersil dan antara kerajaan.

Dari segi komersil, Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd telah mengadakan rundingan dengan 145 vendor tempatan dan 42 OEM luar negara, penamatan penglibatan orang tengah serta rundingan dengan sembilan institusi perbankan.

Manakala, aspek antara kerajaan pula, wakil kerajaan Perancis menyatakan komitmen bertulis untuk menjadikan projek LCS sebagai keutamaan menerusi satu pertemuan.

Datuk Seri Hishammuddin turut memberi jaminan bahawa projek LCS akan disambung semula sebaik sahaja fasa mobiliti berakhir pada Disember ini.

Media Baharu