fb fb fb fb fb

Mesyuarat OPEC+ minggu depan tarik tumpuan pelabur

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya; OPEC+ akan mengadakan pertemuan di Vienna, Austria 5 Oktober ini bagi membincangkan strategi pengeluaran masa depan.

Pertemuan secara bersemuka peringkat menteri OPEC+ itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19.

Pelabur menantikan keputusan mesyuarat susulan kejatuhan harga minyak baru-baru ini, disebabkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi dan penguncupan permintaan.

Minyak mentah West Texas Intermediate dan Brent merosot daripada paras tertinggi lebih AS$120 setong dicatatkan Jun lalu kepada kira-kira AS$80 setong.

OPEC+ mengurangkan pengeluaran minyak secara besar-besaran pada tahun 2020 apabila pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan.

Pengeluaran ditingkatkan semula pada Julai 2021 sejajar pemulihan pasaran.

Pada mesyuarat terakhir peringkat menteri awal September lalu, OPEC+ mengumumkan pengurangan pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari bagi Oktober, untuk mengawal kemerosotan harga minyak mentah.

(OPEC+ mengurangkan pengeluaran minyak secara besar-besaran pada tahun 2020 apabila
pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan)

Media Baharu