fb fb fb fb fb

Projek kawalan hakisan bernilai RM73.5 juta selamatkan pantai Tok Jembal

(FOTO FB NRECCMalaysia)

KUALA NERUS, 30 Januari-Projek pengawalan hakisan pantai di Pantai Tok Jembal Fasa 2 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM73.5 juta memberi manfaat dan pelindungan jangka panjang kepada penduduk serta nelayan di kawasan tersebut.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, projek itu melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran dilaksanakan susulan keadaan pantai yang mengalami hakisan terutama di Musim Monsun Timur Laut.

"Hakisan semakin kritikal berikutan terdapat pembangunan dan penebus gunaan tanah di pesisir pantai dengan kehilangan kawasan pantai selebar 60 meter setiap tahun. Usaha ini juga merupakan salah satu projek jangka panjang yang memberi manfaat kepada kawasan sekitar yang terjejas teruk iaitu Kampung Tok Jembal, Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Kubang Badak", ujarnya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas hadir di Tapak Projek Perlindungan Hakisan Pantai Tok Jembal di Kuala Terengganu.

Isu hakisan Pantai di Tok Jembal sebelum ini hangat diperkatakan setelah satu kajian simulasi kelautan dibuat oleh Penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan UMT mendapati Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu dan kawasan di sekitarnya yang dihuni ratusan penduduk, mungkin akan hilang ditelan laut dalam tempoh 15 tahun jika masalah hakisan pantai tidak diberi perhatian.

Hakisan yang mula dikesan sejak 2010 itu bertambah teruk sejak beberapa tahun belakangan ini terutamanya pada musim tengkujuh.

 


(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad di
Tapak Projek Perlindungan Hakisan Pantai Tok Jembal di Kuala Terengganu/FOTO
FB NRECCMalaysia)

Media Baharu