KULAI, 26 Mei- Projek Jendela Point of Presence (POP) di Johor berjalan lancar dengan tiga daripada 55 tapak Pop berjaya menerima permit bagi projek tersebut.
21 tapak lain sedang menunggu kelulusan manakala 31 lagi dalam proses akhir pendokumentasian untuk dimajukan kepada pihak berkuasa melantik.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor memaklumkan, "kerajaan negeri akan terus komited memantau dan memastikan projek tersebut siap seperti dijadualkan."
Pihak kontraktor Maxis juga perlu memberi komitmen dalam menyiapkan kerja pemasangan di 24 tapak POP selewat-lewatnya pada pertengahan Julai dan selebihnya sebelum November tahun ini.
Beliau akan bekerjasama dengan exco berkaitan bagi memastikan setiap isu portfolio masing-masing diselesaikan demi kemudahan rakyat Johor.
(Perbincangan Datuk Mohd Jafni Md Shukor untuk Projek Jendela Point of Presence (POP) di Johor)