fb fb fb fb fb

Projek jambatan PD-Sungai Pelek bakal bermula tahun depan

(FOTO RTM)

PORT DICKSON, 21 Oktober - Kerja-kerja pembinaan jalan dan jambatan di Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dengan Sungai Pelek,  Selangor, dijangka dapat memberi kemudahan kepada penduduk sekitar di samping memberi impak ekonomi terutama dalam aspek pelancongan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pembinaan jambatan berkenaan bakal dimulakan tahun hadapan selepas selesai isu pengambilan tanah diselesaikan.

"Jadi saya harap bahawa urusan urusan (pengambilan tanah) itu sedang dilaksanakan.

"Bagi masyarakat di sini harap dapat menunggu dengan sabar kerana ia telah diluluskan  dan peruntukan telah ada, cuma tinggal melantik kontraktor", kata Aminuddin yang ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Sembilan 2023, di Dewan Cii Shan Liang Kong di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023  memaklumkan kerajaan akan melaksanakan beberapa projek berkaitan isu pelancongan dan kesesakan jalan raya yang telah menjejaskan lokasi tumpuan pelancong.

Ini termasuk membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang dengan kos projek berjumlah RM160 juta.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

Media Baharu