fb fb fb fb fb

Jenazah tiga mangsa kemalangan maut di Behrang selamat dikebumikan

(FOTO BERNAMA)

SUNGAI PETANI, 21 Oktober - Mangsa nahas maut di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Behrang, Perak petang semalam, selamat dikebumikan pagi tadi.

Jenazah allahyarham Fatihah Nabila Bukri, 23 tahun yang juga Ketua Unit Khas wanita Muda PAS Sungai Petani, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Bukit Berangan, Kota Kuala Muda.

Terdahulu jenazah disolatkan di Surau Taman Seri Jenaris, Tikam Batu.

(Imaduddin Md Nor, 24, anak keenam dari lapan beradik menyiram air mawar ke pusara
ibunya Taibah Sulaiman, 61, sebaik dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Teluk Wang / FOTO BERNAMA)

Sementara itu, seorang lagi mangsa, allahyarham Taibah Sulaiman, 61 tahun, yang merupakan Ketua Muslimat PAS Sungai Petani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Teluk Wang, Sungai Petani.

Manakala Penolong Setiausaha Satu PAS Sungai Petani, allahyarham Nurul Najihah Amzi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Derga, Alor Setar.

Ketua Polis daerah Mualim, Suprintenden Mohd Hasni Mohd Nasir menerusi kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga mangsa maut dirempuh sebuah kereta ketika membantu individu yang terlibat kemalangan.

Semasa kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke 69 di Shah Alam.

Media Baharu