fb fb fb fb fb

Projek Hidroelektrik Nenggiri: Beri manfaat besar kepada rakyat, pembangunan negeri

GUA MUSANG, 12 Jun- Projek Hidroelektrik Nenggiri yang menelan kos RM5 bilion bakal memberi manfaat besar kepada rakyat dan pembangunan negeri Kelantan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata projek hidroelektrik itu bakal menyalurkan 300 megawatt yang akan meningkatkan kepasiti penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Semenanjung Malaysia.

"Projek Hidroelektrik Nenggiri secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan menetapkan sasaran 40 peratus kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2035," katanya.

Projek mampu menjana tenaga serta-merta bagi memastikan kestabilan dan daya harap bekalan elektrik kepada Grid Nasional sekiranya berlaku gangguan.

Bagi masyarakat Orang Asli, Zainal Chalil berharap projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual dan pembinaan penempatan baharu kepada mereka dapat dilakukan secepat mungkin.

"Harapan saya , pertama saya rasa gembira kerana projek yang ditunggu sekian lama hari ini berjaya termeterai. Selepas ini projek ini akan dilaksanakan ikut jadual dan saya percaya dan yakin penduduk Pos Tohoi dan Pos Pulat akan menerima arus pembangunan dan lebih maju lagi. Justeru itu projek ini akan beri impak yang sangat baik kepada penduk kampung kerana turut menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung terutamanya anak muda," katanya.


(Masyarakat Orang Asli, Zainal Chalil)

Dia ditemui pada Majlis Pecah Tanah Projek Hidroelektrik Nenggiri, di Kampung Star, Gua Musang.

Majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Projek Hidroelektrik Nenggiri dijangka beroperasi pada pertengahan 2027.


(Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada Majlis Pecah Tanah Projek Hidroelektrik Nenggiri, di Kampung Star, Gua Musang)

 

 

Media Baharu