fb fb fb fb fb

Program TT Klasik Mercedes Perlis dapat sambutan

KANGAR, 25 September- Lebih daripada 70 buah kereta klasik Mercedes menyertai Program TT Klasik Mercedes Perlis yang diadakan di perkarangan Restoran Sungai Bakong Dua, Padang Behor, Kangar.

Program yang julung-julung kalinya diadakan di negeri Perlis dianjurkan dengan kerjasama Komuniti Mercedes Perlis, Rakan Mercedes Kulim, Northern Mercedes Benz Owners Club, Tuten Northern dan juga W202 Otai Utara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat melawat program berkenaan.

Turut diadakan ialah 'review kereta', penyampaian hadiah kepada lima buah kereta pilihan, acara jualan dan tandatangan produk yang dibawa khas untuk para peminat serta Konvoi ke Timah Tasoh.

Hadir sama menyambut keberangkatan baginda ialah ikon klasik Mercedes Malaysia, Azril Bahaman yang juga Pengasas Klasik Mercedes Malaysia.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan
melawat kereta yang dipamerkan)

Media Baharu