fb fb fb fb fb

Majlis Keselamatan PBB pertimbang resolusi berkaitan Myanmar

NEW YORK, 24 September- Majlis Keselamatan PBB sedang mempertimbangkan resolusi yang digubal oleh Britain dan diedarkan Jumaat lepas.

Resolusi itu akan menuntut penamatan semua keganasan di Myanmar, selain menggesa penghentian segera pemindahan senjata ke Myanmar dan mengancam sekatan PBB.

Resolusi berkenaan juga akan menggesa junta Myanmar membebaskan semua tahanan politik, termasuk Aung San Suu Kyi, melaksanakan pelan damai ASEAN dan membenarkan peralihan demokrasi.

Program Pembangunan PBB (UNDP) telah meramalkan bahawa impak gabungan rampasan kuasa dan pandemik COVID-19 boleh memaksa hampir separuh penduduk Myanmar terjerumus ke dalam kemiskinan tahun ini.

Tentera melakukan pencabulan hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya seperti yang mereka lakukan empat tahun lalu semasa penganiayaan ganas terhadap Rohingya, dan etnik minoriti lain pada dekad sebelumnya.

(Majlis Keselamatan PBB sedang pertimbangkan resolusi yang digubal oleh Britain)

Majlis Keselamatan telah lama berpecah mengenai Myanmar dengan diplomat berkata, China dan Rusia berkemungkinan akan melindungi negara itu daripada sebarang tindakan tegas dan rundingan mengenai draf resolusi British mungkin mengambil sedikit masa.

Untuk diterima pakai, resolusi Majlis Keselamatan memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh Rusia, China, Amerika Syarikat, Perancis atau Britain.

Perpecahan semakin mendalam; ketidaksamaan semakin meluas; cabaran semakin banyak dunia perlukan harapan dan tindakan secara menyeluruh.

(Laporan Hanim Muhili)

Media Baharu