fb fb fb fb fb

PM gesa negara anggota PBB wujudkan Mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa

NEW YORK, 24 September- Malaysia menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan Mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membina sistem yang lebih efektif, adil serta mampu mengimbangi keperluan pembangunan sejagat.

"Dalam dunia yang saling terkait, dasar dan keputusan sesetengah negara mampu memberi kesan kepada negara lain.

Misalnya, dalam mendepani cengkaman inflasi yang melanda dunia, dasar monetari dan penetapan kadar faedah oleh sesebuah negara turut memberi impak kepada negara-negara lain," katanya ketika menyampaikan kenyataan negara pada Debat Umum Perhimpunan Agung PBB ke-77, di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri menyampaikan kenyataan negara pada Debat Umum Perhimpunan Agung PBB ke-77)

Tambah beliau, kerjasama dan penyelarasan antara negara perlu dipertingkat bagi mencapai matlamat kesejahteraan ekonomi yang lebih adil untuk semua.

Dalam struktur kewangan dan monetari antarabangsa yang masih didominasi oleh beberapa kuasa besar, serta dalam keadaan pemulihan ekonomi dunia, keputusan dasar monetari domestik perlu diselaraskan dengan mengambil kira realiti serta keperluan negara-negara membangun.

Media Baharu