fb fb fb fb fb

SRA JAIM bakal dijenamakan dengan nama tokoh agama, ilmuwan Islam

Foto Hiasan

MELAKA, 23 September - Semua Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bakal dijenamakan semula dengan menggunakan nama tokoh agama dan ilmuwan Islam.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata usaha berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bermula bulan ini.

Beliau menyatakan langkah tersebut bagi memberi imej baharu kepada institusi pendidikan Islam di negeri itu.

"Kita memang dalam proses penjenamaan. Sekolah-sekolah agama JAIM tidak lagi dikenali mengikut kawasan dibangunkan tetapi dijenamakan dengan nama tokoh-tokoh Islam yang dilihat bersesuaian dengan imej sekolah agama itu sendiri," beliau menjelaskannya selepas majlis perasmian SRA JAIM Al-Qusyairi Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Menurut beliau, SRA tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai SRA JAIM Kampung Tersusun Bukit Larang menjadi sekolah pertama yang dijenamakan semula dengan nama tokoh agamawan dan ilmuwan Islam.

Trainee2