fb fb fb fb fb

Program Singgah Sahur: Penghargaan buat petugas bomba

Nga Kor Ming ketika Program Singgah Sahur bersama warga BBP Jalan Hang Tuah/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan Program Singgah Sahur yang melibatkan warga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, pagi tadi .

Program itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada petugas yang gigih menyumbang kepada negara, sambil bersama-sama meraikan kemuliaan bulan Ramadan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sempat meluangkan masa beramah mesra bersama warga bomba, selain turut terlibat dalam aktiviti memasak juadah sahur.

Sumbangan Ihya Ramadan juga disampaikan kepada petugas BBP Jalan Hang Tuah sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka.

Seramai 70 orang anggota termasuk pengurusan tertinggi jabatan hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Ts Nor Hisham Mohamad.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM