KANGAR, 24 September- Program Semarak Komuniti bersama agensi kerajaan dilaksanakan bertujuan untuk mendekati komuniti setempat dengan agensi kerajaan serta mengeratkan hubungan serta menyemarakkan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat.
Pengerusi Persatuan Penduduk Abi Padang Machang, Hashimah Ismail berkata pelaksanaan program sebegini turut berupaya meningkatkan medium interaksi antara komuniti terhadap penyediaan perkhidmatan oleh agensi kerajaan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri.
"Penganjuran program ini juga membolehkan agensi kerajaan mencari ruang membantu rakyat mendepani pelbagai isu berkaitan.
"Program melibatkan komuniti seumpama ini akan diteruskan secara berkala bersesuaian dengan peranan setiap jabatan berkenaan dan keperluan rakyat sebagai wadah perpaduan dan penyatuan antara kerajaan dan masyarakat," kata Hashimah pada Program Semarak Komuniti bersama agensi kerajaan di Kampung Abi Padang Machang, di sini.
(Penganjuran program ini juga membolehkan agensi kerajaan mencari
ruang membantu rakyat mendepani pelbagai isu berkaitan.)