fb fb fb fb fb

Perkasa infrastruktur di Pelangai, fokus utama calon BN

Foto FB Calon BN

PELANGAI, 24 September- Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam bakal memberi fokus dalam memperkasa infrastruktur melibatkan penduduk perkampungan tradisi, golongan FELDA, kaum Cina, India dan orang asli.

Menurutnya, segala perancangan berkaitan infrastruktur telah menjadi hala tuju penyandang terdahulu, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam di Selangor, bulan lalu.

Rakyat di DUN Pelangai perlu bijak membuat pilihan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini demi kesinambungan pembangunan di dewan negeri itu.

"Kita nampak di DUN Pelangai ini ada tiga elemen.Di Manchis ada pelbagai kaum. Kemudian, kita ada satu kelompok, kita ada golongan kampung tradisional dan satu lagi kelompok golongan FELDA. Kita akan pastikan keperluan mereka semua ini kita akan cuba tunaikan meliputi permintaan infrastruktur baharu dan lain-lain.

Pelaksanaan kemudahan ini akan membantu ramai masyarakat dan penduduk baik di Pelangai mahu pun rakyat di negeri berhampiran," kata Amizar kepada pemberita.


(Foto FB Calon BN)

Dalam masa sama, beliau turut memberi perhatian terhadap isu perpaduan yang melibatkan orang muda di DUN berkenaan.

"Anak-anak muda disaran bersikap rasional setiap kali mengundi. Mengundi sekali, tapi kesannya untuk tempoh lima tahun.

Oleh itu, saya harap golongan ini mempunyai satu sikap untuk memelihara perpaduan di dalam FELDA ataupun kampung sekitar di Pelangai ini," tambahnya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Media Baharu