fb fb fb fb fb

Program SejaTi MADANI dilaksana di semua kampung seluruh negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA KANGSAR, 27 Oktober- Pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) bagi membolehkan masyarakat melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi akan melibatkan semua kampung di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanannya akan diserah kepada pihak bertanggungjawab meskipun tidak dilakukan serentak.

Ia antara lain melaksanakan program menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 bagi meningkatkan ekonomi perkampungan.

"SejaTi MADANI ini, kita seolah-olah bagi satu tanggungjawab dan cabaran langsung kepada orang kampung, paling minimum RM50,000 dan maksimum RM100,000. Imamnya, ketua kampungnya, penghulunya, persatuan belia, wanita dan jawatankuasa masjidnya, kome (kamu) duduklah runding betul-betul. Teman (saya) bagi dana, kome putuskan", katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan meminta masyarakat kampung membuat keputusan dengan sebaiknya kerana peruntukan keseluruhan RM1 bilion bagi inisiatif itu pada Belanjawan 2025 adalah amanah.

Datuk Seri Anwar berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Padang Rengas di Dataran Arena Square Pekan Isnin, Padang Rengas.

ROSLINA BINTI DIN