fb fb fb fb fb

Program Seikhlas Kasih Aidilfitri rai pelajar, kakitangan sokongan & petugas keselamatan UniMAP

PAUH, 26 April - Bersempena Syawal yang bakal tiba, seramai 153 pelajar terdiri daripada anak yatim, kakitangan sokongan Pejabat Pembangunan UniMAP dan petugas keselamatan diraikan dalam program Seikhlas Kasih Aidilfitri.

Program tanggungjawab sosial Yayasan Universiti Malaysia Perlis itu selari dengan objektif penubuhannya iaitu meningkatkan tahap kesejahteraan kakitangan, pelajar dan komuniti.

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan UniMAP, Datuk Profesor Emeritus Dr Kamarudin Hussin memaklumkan, sebanyak RM10,000 hasil sumbangan pelbagai pihak kepada Yayasan UniMAP disalurkan kepada mereka yang memerlukan terutamanya menjelang Syawal.

(153 pelajar terdiri daripada anak yatim, kakitangan sokongan Pejabat Pembangunan UniMAP dan petugas keselamatan diraikan pada Program Seikhlas Kasih Aidilfitri/UniMAP)

"Usaha murni yang digerakkan Yayasan UniMAP membuktikan keprihatinan dan rasa tanggungjawab bagi meringankan sedikit bebanan perbelanjaan dalam meraikan Aidilfitri.

"Sumbangan yang disalurkan berupa wang tunai untuk setiap penerima," kata Dr Kamarudin dalam program Seikhlas Kasih Aidilfitri di Kampus Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra, di sini.

Majlis turut dihadiri Pegawai Eksekutif Kanan Yayasan UniMAP, Mohd Izwan Izhar Haris, Presiden Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UniMAP (POTENSI), Muhammad Najib Othman dan Penolong Pendaftar Kanan Unit Kebajikan Pusat Perkhidmatan Pelajar UniMAP, Irhamuddin Mansor..

Media Baharu