fb fb fb fb fb

Program Santai Selebriti Raya JOHORfm dengan skala lebih besar

JOHOR BAHRU, 10 Mei - Kemeriahan Aidilfitri terus dirasai di Jabatan Penyiaran Malaysia negeri Johor, menerusi program Santai Selebriti Raya JOHORfm di Auditorium Permata Sari.

Penerbit program, Suzilawatty Mohd Sumib berkata program temu bual mingguan itu buat julung kalinya dibawakan dengan skala lebih besar tahun ini bersempena Aidilfitri.

Program disiarkan secara langsung menerusi radio dan Facebook JOHORfm, bermula pukul 9 malam semalam.

(Program Santai Selebriti Raya JOHORfm di Auditorium Permata Sari, Johor Bahru)

"Sebenarnya program tersebut saya dah rancang lama. Tapi untuk tahun 2022 alhamdulillah, kita berjaya bawakan luar dari konti di Auditorium Permata Sari RTM Johor dan konsepnya dalam skala yang besar. Kalau di konti 'busking' dekat sini kita bawa kombo," kata Suzilawatty kepada wartawan di sini.

Penonton disajikan dengan persembahan Ramlah Ram, Joey, Ayie Leon, Adzrin Adzhar, Azwan Satar, Afina dan Rania Imtiaz, diiringi Kombo RTM Johor.

Program turut dihadiri Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Norlizah Noh dan Pengarah Penyiaran Johor, Ramlee Johari.

Media Baharu