KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) akan ditamatkan pada 31 Disember ini selepas mengambil kira penetapan paras siling 2.4 juta pekerja asing.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini hampir 1.7 juta orang pekerja asing sudah diberikan pas lawatan kerja sementara (PLKS) di negara ini.
"Jumlah pekerja asing di negara kita tidak boleh melepasi silingnya 2.4 juta menjelang 2025. Sebab itu sekarang pelan pelonggaran bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) ditamatkan pada Mac.
"Manakala telah kabinet bersetuju rekalibrasi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditamatkan bermula 31 Disember," dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing ke-9 di sini.
Saifuddin berkata tiada lagi kuota permohonan untuk tahun ini dan hanya kemasukan pekerja asing berdasarkan kuota yang telah diluluskan sahaja akan dipantau serta diurus.
(Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)