fb fb fb fb fb

744 berus gigi tiruan dirampas

NIBONG TEBAL, 18 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 744 unit berus gigi, disyaki tiruan.

Kesemua barangan tersebut serta beberapa dokumen perniagaan lain disita dengan nilai rampasan keseluruhandianggarkan berjumlah RM 855.60

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan dalam satu kenyataan berkata serbuan dijalankan ke atas sebuah premis kediaman di Taman Nuri, Nibong Tebal kira-kira pukul 10 pagi tadi.

"Ia hasil maklumat pemilik cap dagangan berdaftar barangan tersebutserta risikan awal pihaknya," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan terhadap mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah.

(Berus gigi yang dipercayai tiruan dirampas)

Media Baharu