fb fb fb fb fb

Pelaburan Longi di Malaysia tawar 2,200 peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited memastikan pelabur yang membuka kilang di Malaysia memperoleh tenaga kerja tempatan yang bersesuaian.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya giat bekerjasama dengan institut pengajian tinggi dalam mendapatkan graduan yang kompetetif dan relevan bagi industri berkaitan.

"Di sini kita bercakap awal dengan industri, bila keputusan pelaburan dilaksanakan. Kelulusan kilang diperlukan lebih kurang setahun.

"Paling awal dalam masa setahun, tetapi biasanya dua tahun. Dalam masa dua tahun kita akan laksanakan persiapan awal," katanya kepada pemberita di Angkasapuri, Kota Media di sini.

Semalam, syarikat dari China, Longi Green Energy Technology Co membuat pelaburan berjumlah RM1.8 bilion melibatkan pembinaan tiga kilang pengeluaran produk fotovoltan di Serendah, Selangor.

Kilang tersebut dijangka siap menjelang Mac 2024 dan bakal menawarkan kira-kira 2,200 peluang pekerjaan.

(

 

Media Baharu